SABARIAH
1) sabariah merupakan seorang gadis rupawan dan anak kepada seorang hartawan nyonya mansor?
2) sabariah terpikat akn kassim selamat atas kemerduan suara kassim selamat dan kehebatan beliau sebagai penyanyi pujaan ramai walau pun tidak pernah memandang wajah sebenar kassim selamat dan apabila berjumpa jatuh cinta dan memilih kassim selamat daripada dr. ismady walaupun di ugut nyonya mansur akan memutuskan hubungan keluarga sekiranya sabariah terus memilih kassim selamat
3) kassim selamat sanggup hidup semati dgn sabariah dan bekerja sebagai buruh kasar walaupun boleh beliau boleh bekerja di kelab malam & tidak perlu menjalani kehidupan susah atas permintaan sabariah & atas janji2 nya sebelum ini iaitu berkorban apa saja.
4) sabariah tidak sanggup menjalani kehidupan susah sehingga menulis surat pada nyonya mansor utk minta pertolongan dan tanpa usul periksa termakan hasutan ibunya bahawa kassim selamat telah balik bekerja di night club & berkahwin dengan perempuan cabaret.
5) walaupun berjumpa semula dengan kassim selamat setelah dia buta, tidak mengatakan apa2 sehingga rahsianya terbongkar barulah menanggis & minta maaf
CHOMBI
1) hatinya telah hancur lebur akibat kematian suami dan seolah2 telah hilang akal & pedoman semasa saat mula2 berjumpa dgn kassim selamat
2) hatinya mula hidup kembali setelah keluhuran kassim selamat mendoakan kepada Tuhan akan kesejahteraan chombi sekeluarga walaupun dgn nyawanya (kassim selamat) di tukar ganti.
3) walau pun kassim selamat buta dan tidak berharta, chombi dan ibunya memberikan kasih sayang serta perlindungan kepada kassim selamat walaupun tidak mengetahui bahawa orang buta tersebut adalah kassim selamat kerana menyamar sebagai osman jailani
4) keikhlasan chombi dapat dilihat semasa kassim selamat baru sembuh daripada butanya di hospital yg mana dapat dilihat chombi menanggis tersesak2 dan ibunya yg telah menggangap kassim selamat sebagai anaknya mengajak kassim selamat untuk pulang ke Pulau Pinang.
5) semasa kassim selamat kembali menjadi buta, ucapan chombi adalah 'semasa chombi menerima abg kassim dulu abg kassim dlm keadaan buta dan apabila chombi menerima abg kassim kembali juga dalam keadaan buta tapi chombi bahagia' (lebih kurang) selami sendiri maksud kata2 itu.